Saturday, May 30, 2009

PIPP rentas Rumah Panjang (RH Impi)






This is one of our school's efforts to help the Rh Panjang to level up their PIPP. This is our 1st visit of PIPP to the longhouse. There are more coming projects like these to help and provide a better guide for the longhouse's people to know the importance of knowledge which can change almost everything. "Knowlegde is power'

Wednesday, May 20, 2009

Sejarah Penubuhan SK IBAN UNION dan Profil Sekolah

Sejarah Penubuhan SK IBAN UNION dan Profil Sekolah


Sekolah Kebangsaan Iban Union terletak di Sungai Arip, Balingian dalam Bahagian Sibu. Satu Jawatankuasa Kecil diketuai oleh Beti Ak Sadai dan Tindin Ak Umak mengadakan satu mesyuarat bersama beberapa orang tuai rumah di Sungai Tau, Sungai Bawang, Sungai Anak dan Sungai Arip dengan tujuan untuk membina sekolah sendiri. Satu persetujuan diadakan dan sebuah sekolah “swasta” telah dibina secara bergotong-royong di atas tapak sekarang. Bangunan sekolah diperbuat daripada tiang belian, atap daun, dinding daripada kulit kayu dan lantai daripada papan. Nama sekolah yang telah dicadangkan ialah “Bukit Lembak” School tetapi memandangkan murid-murid yang akan belajar di sekolah ini dari beberapa kawasan di Balingian, maka nama kekal dipilih “Union” ataupun “Sa ati” (Serakup), dalam bahasa Melayu “Kesatuan”.Dengan itu sekolah ini dinamakan “Iban Union School”, tercatatlah sejarah bahawa satu sekolah yang mula-mula sekali dibina di kawasan pedalaman di Balingian dalam tahun 1949. Pengambilan guru dan murid dilakukan dalam tahun 1951. Guru yang pertama dan selaku Guru Besar ialah En. Lium Ak Rading.
Jumlah murid : 45 orang (semua murid adalah berbangsa Iban).
Gaji : RM 3.50 dan 1½ cupak beras daripada seorang murid
tiap-tiap bulan.

Semenjak pembukaannya, sekolah ditadbir oleh satu jawatankuasa dalam tahun 1957 di mana sekolah diserahkan kepada Mukah District Council (Majlis Daerah Mukah). Sekolah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Mukah mendapat perubahan. Jumlah guru dan murid pun bertambah. Bangunan sekolah serta rumah guru turut ditambah. Dalam tahun 1960, satu bangunan asrama dan bangunan separuh kekal dibina oleh Majlis Daerah Mukah. Selepas Sarawak merdeka dalam Malaysia hingga sekarang semua sekolah di bawah majlis tempatan diserahkan kepada kerajaan pusat (Federal). Sekolah Rendah Kerajaan Iban Union turut mendapat wajah baru. Kerajaan berusaha menambah bangunan baru di sekolah Rendah Kerajaan Iban Union.

Senarai Nama Guru Besar

Lium Ak Rading - 1951– 1955
Patrick Mangka Ak Laman - 1956 – 1959
Tikouk Bin Kiju - 1960 – 1961
A.M. Suhaili Bin Arshat - 1962 – 1963
Salleh Bin Jaie - 1964 – 1965
Awang Radin - 1966 – 1969
Ali Bin Adenan - 1970 – 1975
Terang Bin Lemangan - 1976 – 1981
Madian Bin Sejili - 1982
Dedo Bin Nanas -1983 – 1987
Sullang Ak Badindang - 1990 – 1995
Bernabas Semait Bin Padug - 1998 – 2003
Andrew Mail Ak Sanggong - 2004 – 2005
Sebastian Mengiring Ak Entalai - 2006

PROFIL SEKOLAH (dikemas kini pada Mei 2009)

NAMA SEKOLAH : SK IBAN UNION
KOD SEKOLAH : YBE 3413
JENIS SEKOLAH : SK
JENIS BANTUAN : SEKOLAH KERAJAAN
LOKASI SEMASA : PEDALAMAN 3
PERINGKAT SEKOLAH : PRA-SEKOLAH & RENDAH
JENIS MURID : LELAKI & PEREMPUAN
BAHASA PENGANTAR : BAHASA MELAYU
TARIKH PENUBUHAN RASMI : 1 JANUARI 1951
KELUASAN SEKOLAH : 6.00 EKAR / 2.43 HEKTAR
BILANGAN BILIK DARJAH : 6 BUAH
BILANGAN KELAS : 7
BILANGAN GURU : 11 (TETAP)
JENIS ASRAMA :ASRAMA SEKOLAH HARIAN
BILANGAN MURID : 25 ORANG
BILANGAN PENGHUNI ASRAMA: 21 ORANG
BILANGAN KUARTERS GURU : 10 BUAH
BILANGAN STAF SOKONGAN : 1 ORANG PENYELIA ASRAMA
2 ORANG PPM ASRAMA
1 ORANG PPM PRA-SEKOLAH
1 ORANG PEMBANTU AM PEJABAT
2 PENGAWAL KESELAMATAN (SWASTA)
6 PEMBANTU PEMBERSIHAN BANGUNAN (SWASTA)
ALAMAT SURAT-MENYURAT : D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SELANGAU, 96000 SIBU SARAWAK.
JARAK KE PPD : 100.7 KM (JALAN DARAT & AIR)
SUMBER AIR : TANGKI TAKUNGAN AIR HUJAN
SUMBER ELEKTRIK : 24-JAM JANAKUASA


MISI SEKOLAH

“SIFAR KEGAGALAN”



VISI SEKOLAH

“ Ke Arah Kecemerlangan Menjelang 2014”


SLOGAN

“IBAN UNION … TERPAHAT NAMA MU TERATAS”